Guan Eng, mohon maaf dan letak jawatan - Asyraf Wajdi

  • 5 years ago
Sayap pemuda parti komponen BN hari ini berganding bahu dengan sekutu baru mereka dari PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyebut bahawa Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat bukan Melayu.Laporan itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda MIC R Thinalan, Setiausaha Pemuda MCA Daniel Wa Wai How dan pemimpin Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Shahir Abu Hassan.Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu, Asyraf berkata pihaknya akan mengadakan demonstrasi sekiranya Lim tidak membuat permohonan maaf berhubung perkara itu.Semalam, Lim mengeluarkan kenyataan menggesa MCA meninggalkan BN kerana Umno dan PAS menurutnya "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat non-muslim.Selepas kenyataannya itu dilapor media, Lim membuat pembetulan pada kenyataan asalnya untuk menggantikan perkataan "mengisytiharkan perang" kepada "menyasarkan".Kedua-dua kenyataan berbahasa Cina itu dikeluarkan atas kapasitinya sebagai pemimpin DAP.