Serbuan dadah, 10 ditahan termasuk kanak-kanak, pistol ditemukan

  • 5 tahun lalu
JOHOR BAHRU - Empat kanak-kanak antara 10 individu ditahan dengan pelbagai jenis dadah seberat 994 gram (g) dianggarkan bernilai RM11,208 di sebuah rumah di Taman Pelangi di sini, awal pagi tadi.

Dalam dua serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira pukul 1 pagi itu turut menemukan sepucuk pistol jenis Browning bersama-sama 60 butir peluru hidup.