PRK Rantau 13 April ini

  • 5 years ago
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan diadakan pada 13 April ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata hari penamaan calon PRK itu pula ditetapkan pada 30 Mac, manakala hari mengundi awal pada 9 April.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai urusan PRK tersebut di Putrajaya hari ini.