Biro Politik PKR tentukan nasib Dr Streram di Rantau
  • 5 years ago
Biro Politik PKR akan membincangkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam mesyuaratnya akan datang.Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini termasuk cadangan untuk meletakkan semula Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH).“(Calon) Belum lagi diputuskan. Biro Politik akan bermesyuarat dan kita akan fikirkan. “Memang dulunya Dr Streram calon di situ dan dia telah teraniaya kerana tidak dibenarkan masuk (pusat penamaan calon) dan ini menyebabkan dia membawanya ke mahkamah. “Ini kita akan bincang bersama-sama sebab memang betul dia telah tidak dibenarkan pada masa itu, tapi kita akan fikirkan macam mana nak dan nak letak siapa,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.