Enam anak muda dekati anak Orang Asli

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Siapa sangka kerana semangat ingin berbakti kepada orang ramai, enam anak muda berlatar belakang berbeza turun padang ke Sekolah Kebangsaan Satak, Raub,Pahang bagi mendekati anak-anak Orang Asli .

Malah program yang dikenali sebagai “Love is infinity” itu adalah memberi pendedahan kepada murid sekolah terhadap kepentingan ilmu selain galakan untuk mereka terus berjaya dalam hidup.