Menteri ulas projek kereta nasional ke-3

  • 5 years ago
Kerajaan kini sedang memperhalusi dari segi perkongsian teknologi dalam membangunkan projek kereta nasional ke-3.Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Md Yusof berkata, perkongsian teknologi itu adalah daripada sudut penggunaan platform dan jenis enjin yang akan digunakan untuk projek kereta terbabit.Katanya, proses berkenaan akan mengambil sedikit masa kerana banyak pihak yang berminat terhadap kereta tersebut.Redzuan berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bicara Minda di Sinar Harian, hari ini.Ditanya, jenis enjin yang akan digunakan, Redzuan berkata ia bergantung kepada keadaan.Menurutnya lagi, projek kereta nasional ke-3 itu juga akan menggunakan kepakaran negara ini dengan berteraskan jenis kereta Extended Range Vehicel (ERV).