Kes bekas CEO Cradle Fund, laporan hasil bedah siasat kedua diserah pada DPP

  • 5 years ago
Polis telah menyerahkan laporan siasatan hasil bedah siasat kedua bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Feb lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini, tiada sebarang keperluan untuk membuat tangkapan terbaharu.

Nazrin, 45, ditemui mati pada 14 Jun tahun lepas selepas berlaku kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor.

Pada mulanya, Cradle Fund mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Nazrin meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit.

Laporan terbaru ini disokong oleh laporan bedah siasat pertama.

Bagaimanapun, polis mengesyaki Nazrin dibunuh selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mencadangkan kemungkinan terdapat perbuatan khianat.

Pusara Nazrin digali semula pada Oktober lalu.

Polis telah menyoal siasat beberapa ahli keluarga Nazrin dan bekas suami kepada isterinya.