Diskaun 20 peratus bagi tambang KTM Komuter mulai 1 April

  • 5 years ago
Mulai 1 April, penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.

Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai Gadut-Tampin.

-Bernama