Azmin beritahu PM terkejut melihat Semenyih sekarang

  • 5 years ago
Kehadiran ramai menteri ke kawasan Semenyih sejak kebelakangan ini bukanlah suatu isu dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana mereka berkhidmat sepanjang masa tanpa mengira berlaku pilihan raya atau tidak.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

"Baru-baru ini Perdana Menteri beritahu, beliau terkejut Semenyih kini dikenali sebagai bandar yang hebat dengan pembangunan teratur dan tersusun. Kami Pakatan Harapan (PH) bermula dari 2008 mahu pembangunan bukan saja berpusat di bandar tetapi juga dibawa ke luar bandar supaya rakyat dapat manfaat.

“Kalau kami tak turun dulu, tak mungkin Semenyih dan Hulu Langat dapat pembangunan seperti ini. Mana mungkin Semenyih dapat pembangunan jika kita tak turun ke sini sejak 2008," katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih malam ini.