Wanita mangsa samun lawan penjenayah berparang

  • 5 tahun lalu
KULIM 9 Feb. - Seorang pekerja kedai telefon nekad menyerang seorang lelaki yang dipercayai menyamun telefon bimbit miliknya di sebuah kedai jualan alat telekomunikasi di Labu Besar, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berusia 29 tahun berkenaan cuba menangkap suspek yang mahu melarikan diri sebaik sahaja menyamun telefon bimbitnya, dengan motosikal jenis SYM.