DAP siar kisah 12 hero Semai jadi saksi petisyen p/raya Cameron Highlands
  • 5 years ago
DAP menyiarkan kisah 12 hero orang Asli daripada suku Semai berani tampil ke hadapan menjadi saksi bagi petisyen pilihan raya Cameron Highlands selepas PRU14 tamat.

Video itu dimuat naik di pautan facebook rasmi parti itu.

Petisyen difailkan oleh calon DAP Manogaran kerana beliau mendakwa terdapat amalan rasuah dan sogokan oleh calon BN Sivarraajh.

Jesteru itu, mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands dan membolehkan pilihan raya kecil diadakan.