Suasana pilu pemergian ADUN Semenyih

  • 5 years ago
ADUN Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia awal pagi tadi, di percayai akibat serangan jantung.

Mohd Bakhtiar, 57 yang juga wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.45 pagi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan sejurus solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.