Pengerusi NGO ditahan reman, disiasat berhubung tuntutan palsu setengah juta

  • 5 years ago
Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan tuntutan palsu berjumlah RM500,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Lelaki berusia 38 tahun itu disiasat susulan terdapat aduan tuntutan palsu sekitar Mei tahun lalu kepada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri yang dipercayai tidak dilaksanakan.