Kontrak, jawatan kekal kuasa? Ini kata perwakilan
  • 5 years ago
Kenyataan Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman yang menggesa kerajaan memberikan jawatan dan kontrak kepada anggota parti mendapat pelbagai reaksi daripada perwakilan.

Dalam ucapan sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 semalam, Ab Rashid berkata sukar untuk Bersatu mengekalkan kuasa sebagai parti pemerintah kerana ketua bahagian "ditinggalkan begitu saja" tanpa sebarang kelebihan.

Katanya, penggunaan sumber kerajaan penting untuk mengekalkan kemenangan dan Bersatu perlu menang "dengan apa cara sekalipun".