Bersatu bukan Umno 2.0
  • 5 years ago
Bersatu, atau nama pendaftaran rasminya Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ditubuhkan pada September 2016 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan Umno yang meninggalkan parti itu selepas hilang keyakinan dengan perjuangannya.

Bersama, tiga anggota Pakatan Harapan, PKR, DAP and Amanah, Bersatu mencipta sejarah apabila gabungan itu mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14 bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, selepas mengalahkan BN, pemimpin Bersatu dilihat telah menerima ahli-ahli Umno termasuk beberapa pemimpin dalam parti itu. Ia suatu perkembangan yang menimbulkan kesangsian sesetengah pihak bahawa Bersatu berubah menjadi versi kedua Umno.

Muhyiddin bertegas menolak hal ini, walaupun mengakui hakikat terdapat ramai bekas Umno telah diterima masuk menjadi ahli Bersatu.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas pada Isnin lalu.
Recommended