'Memang tertekan, terpaksa pinjam nak tampung belanja'

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau terpaksa meminjam wang bagi menampung perbelanjaan dan duit ikat jamin.

Najib membuat pendedahan itu selepas ditanya dalam suatu wawancara jika beliau merasa tertekan selepas dikenakan 39 pertuduhan jenayah dengan wang ikat jamin sekitar RM6 juta.

Beliau berkatad demikian pada temu bual dalam talian yang disiarkan Nothing to Hide Media.

Wawancara itu dilakukan Mohd Puad Zarkashi, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini telah ditutup.

Najib dituduh menyelewengkan berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB ketika menjadi perdana menteri dan menghadapi banyak tuduhan jenayah membabitkan kes itu, yang dinyatakan Jabatan Keadilan (DOJ) AS sebagai kes kleptokrasi terbesarnya.

Najib menafikan sebarang salah laku, berkata peguamnya yakin dapat menang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ini bergantung kepada perbicaraan yang adil dan sama ada para hakim yang mendengar kesnya menghadapi tekanan dari kerajaan atau tidak.