Kerugian menerusi penipuan siber meningkat lebih 100 peratus di Kuala Lumpur

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerugian dialami menerusi jenayah siber melibatkan penduduk sekitar ibu negara meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tahun ini sehingga November lalu sahaja, Kontinjen tersebut merekodkan sebanyak 1,201 kes dengan kerugian RM72.5 juta berbanding 850 kes pada keseluruhan tahun lalu dengan kerugian RM35.1 juta.