Dewan Rakyat kecoh dek kerana 'belanjawan DAP'
  • 5 years ago
Beberapa ahli parlimen kerajaan mendakwa ucapan perbahasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersifat perkauman apabila menyebut Belanjawan 2019 kali ini adalah 'belanjawan DAP'.

Sidang Dewan Rakyat gamat seketika apabila beberapa peraturan mesyuarat dibangkitkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar mempertahankan ucapan Ahmad Zahid bahawa tidak ada salahnya menyebut perkataan terbabit.