Speaker DUN Kelantan tanya Tok Pa, 'Betul dah berhijrah?'
  • 5 years ago
Selepas dua hari gagal menghadirkan diri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga sempat mengucapkan tahniah kepada Mustapa selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jumaat lepas.

"Selamat berhijrah dan semoga berjaya," kata Ahmad ketika bangun menjawab soalan tambahan dikemukakan Mustapa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Selepas Mustapa mengemukakan soalan tambahan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub bertanya kepada Mustapa adakah benar ADUN Air Lanas berkenaan telah berhijrah kepada parti baharu.

"Betul," jawab Mustapa ringkas.