Dr Mariah: Dulu pukul anak, ikat di pokok diterima

  • 6 years ago
Hukuman takzir perlu dilhat sesuai mengikut peredaran zaman dan situasi, kata Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Dr Mariah Mahmud.

Beliau merujuk hukuman enam sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta baru-baru ini.

ADUN Seri Serdang itu berkata hukuman sebat syariah sewajarnya dibincangkan dalam ruang terbuka dan pelaksanaannya tidak semestinya dalam bentuk menyakitkan dan dimalukan di khalayak ramai.

Beliau berkata demikian dalam forum berjudul "Sebatan di khalayak ramai, sejauh mana islamiknya?" yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, malam tadi.

Sumber Video: FB KLSCAH Youth