Kita tak nak PKR dicemari politik 'pintu belakang' - Rafizi
  • 6 years ago
Anggota PKR diminta memilih timbalan presiden yang tidak akan bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, kata Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, apabila Anwar menjadi perdana menteri kelak, orang kedua dalam parti mestilah seseorang yang memberikan komitmen penuh kepada perjuangan presiden partinya iaitu meneruskan agenda reformasi negara.

Rafizi ialah naib presiden PKR yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.
Recommended