Malaysia tawar bantuan kepada Indonesia - Menteri

  • 6 years ago
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk mangsa gempa bumi di Lombok dan bersedia untuk dihantar ke sana pada bila-bila masa.

Sekumpulan pegawai Malaysia termasuk pegawai dari Kementerian Dalam Negeri berada di Lombok semasa gempa bumi melanda petang semalam.

Menurut Saifuddin, tiada seorang pun daripada mereka yang terjejas dari gempa itu.

Jumlah kematian terus meningkat kepada hampir 100 nyawa terkorban.