Akta tangani gangguan seksual sedang diteliti

  • 6 years ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual.

Timbalan Menterinya Hannah Yeoh Tseow Suan berkata setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Feb lalu bagi membincangkan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut.