Batu Pahat- Tindakan pantas orang ramai yang menggunakan jambatan Sungai Batu Pahat, berjaya menggagalkan cubaan bunuh diri seorang wanita bersama dua anaknya u

  • 6 tahun lalu
Batu Pahat- Tindakan pantas orang ramai yang menggunakan jambatan Sungai Batu Pahat, berjaya menggagalkan cubaan bunuh diri seorang wanita bersama dua anaknya untuk terjun ke sungai tersebut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang, semalam, itu menimbulkan rasa curiga kepada pengguna jambatan tersebut apabila menyedari tindakan wanita itu memberhentikan keretanya di laluan motosikal dan mereka sekaligus bertindak memujuk dan menghalangnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, wanita berkenaan bersama dua orang anaknya telah memberhentikan kereta di tepi jalan dan menghala ke jambatan.

Sumber : Malaysia1news