Agong seru MP bahas secara matang, rangsang dinamik berfikir
  • 6 years ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyeru barisan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir supata institusi Parlimen terus dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.

Baginda bertitah semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup kerana rakyat telahpun membuat keputusan dalam pilihan raya.

Baginda turut mengucapkan tahnah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang telah berjaya dipilih menerajui pentadbiran negara setelah menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.