Zaidatul mara ke separuh akhir acara pecut

  • 6 tahun lalu
GOLD COAST 8 April - Atlet olahraga negara, Zaidatul Husniah Zulkifli membuktikan keupayaannya dengan layak ke pusingan separuh akhir acara 100m pecut wanita Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, hari ini.

Lebih manis, kejayaan Zaidatul Husniah itu dilakukan selepas 20 tahun tiada atlet negara yang mampu berbuat demikian. Kali terakhir atlet negara layak ke separuh akhir acara itu adalah pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur melalui G. Shanti.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.