Enam nelayan asing ditahan Maritim Malaysia
  • 6 tahun lalu
PASIR PUTEH 31 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan enam nelayan Vietnam dan merampas bot mereka selepas didapati menceroboh perairan negara kira-kira 188 kilometer dari Kuala Tok Bali, dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, bot laut dalam milik nelayan asing bernombor pendaftaran 691 TS itu ditahan pada pukul 8.41 pagi selepas berlaku aksi mengejar selama 40 minit.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.