Wau sobek pelajar SMK Kedai Buloh jadi tumpuan

  • 6 tahun lalu
PASIR PUTEH 9 Mac - Kehebatan Kelab Wau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedai Buloh, Kota Bharu dalam menghasilkan wau sobek menggamit ribuan pengunjung ke gerai pamerannya yang dibuka sempena Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, hari ini.

Masakan tidak, ketelitian pelajar membuat pelbagai dekorasi seni sobek (mencarik kertas) menjadikan wau yang dihasilkan mereka lebih indah, sekali gus mengagumkan orang ramai yang bertandang ke gerai tersebut.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.