300 Pelajar DUN Kuang terima bantuan persekolahan Felcra

  • 6 tahun lalu
KUANG 31 Dis. - Bebanan membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi sebahagian pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) luang Selangor hari ini diringankan oleh Felcra Berhad (Felcra).

Agensi berkenaan, melalui Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra yang diadakan sempena Karnival Detik 1118 yang berlangsung di Kampung Setia dekat sini telah menyumbangkan barangan persekolahan bernilai RM350 setiap seorang kepada 300 pelajar yang dikenal pasti datang dari keluarga golongan berpendapatan rendah (B40).

Sumbangan berbentuk pakaian seragam, beg sekolah, stoking, buku latihan serta peralatan menulis tersebut telah diserahkan kepada pelajar berkenaan ahli Ahli DUN (ADUN) Barisan Nasional Kuang, Datuk Mohd. Abdul Shukur Idrus.

Abdul Syukur di dalam ucapan alu-aluannya berkata, pemberian bantuan oleh Felcra itu adalah sikap terpunyi yang harus dicontohi oleh semua syarikat milik kerajaan (GLC). - UTUSAN ONLINE