MPAJ lafaz Ikrar Bebas Rasuah
  • 6 tahun lalu
JOHOR BAHRU 8 Nov. - Minyak kelapa dara dihasilkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dirancang untuk menembusi pasaran luar negara antaranya China, United Kingdom dan Korea.

Pada ketika ini sejumlah 400 liter minyak tersebut sudah dieksport ke Jerman dan minyak itu dihasilkan menerusi Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) yang berkualiti tinggi.


Ketua Projek yang juga saintis biokimia di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM, Prof. Dr. Mohamad Roji Sarmidi berkata, keunikan TPBB adalah kebolehupayaan menghasilkan minyak

kelapa itu 85 peratus lebih tinggi daripada kaedah sedia ada.

Proses tersebut juga katanya, dapat mengekalkan sifat fizikal, kimia dan biologi minyak tersebut dengan kualiti tinggi sekali gus menjadi bahan asas menghasilkan produk hiliran seperti produk kesihatan dan kosmetik.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.