Abu Bakar bukan mahu cari kemasyhuran
  • 6 tahun lalu
KLANG 9 Okt. - Bukan mencari kemasyhuran segera mahupun menunjuk baik tetapi hanya mahu berbuat baik sesama manusia seperti yang dianjurkan oleh Islam, itulah asas yang mendorong pemilik sebuah restoran di Kampung Jawa di sini membantu dan memberi makan kepada seorang pengemis berbangsa India yang videonya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut pemilik Restoran Haji Abu, Abu Bakar Md. Isa, 41, pengemis yang lebih mesra dipanggil Ayah Hu dalam kalangan pekerjanya itu sudah lebih setahun berada dalam jagaannya.

Jelas beliau kepada Utusan Online, dia menyuapkan makanan kepada Ayah Hu pada hari video tular tersebut dirakamkan oleh pekerjanya kerana mahu memastikan pengemis itu makan setelah dia mendapati lelaki berkenaan telah beberapa hari sebelum itu tidak mahu menjamah sebarang makanan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.