Bukit Broga ‘rakus’ diteroka

  • 6 tahun lalu
HULU LANGAT 5 Ogos – Apa sudah jadi dengan Bukit Broga? Destinasi terkenal dengan aktiviti pendakian yang terletak di Semenyih itu dalam keadaan ‘tenat’ ekoran tanah di kawasan itu didakwa diteroka secara haram.

Bukit yang dahulunya diliputi dengan hutan hijau kini sebahagiannya menjadi gondol berikutan aktiviti pertanian dan pembangunan semakin berleluasa.