MyHeroes: Bakti mahasiswa UiTM untuk wira negara

  • 6 tahun lalu
"Wira tidak didendang" begitulah nasib yang seringkali menimpa segelintir bekas pahlawan negara yang mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan keamanan negara demi keselesaan rakyat.


Namun bagi sekumpulan 27 orang mahasiswa tahun akhir pengajian jarak jauh Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) jasa, keringat dan pengorbanan pejuang-pejuang keamanan ini tidak pernah dilupakan.