Rebut geran pertanian, penternakan disediakan kerajaan

  • 6 tahun lalu
BERAPA ramai anak muda dan golongan belia tahu mengetahui mengenai Geran Agropreneur Muda yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan mereka menyertai sektor pertanian dan penternakan?

Berdasarkan statistik peruntukan, boleh dikatakan tidak ramai yang tahu mengenai `peluang keemasan' itu.

Masakan tidak, dimaklumkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk geran itu tetapi sehingga kini baru RM13 juta yang diagihkan.

Itu pun hasil usaha Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk, Dr. Nik Mohammad Azli Nik Ariffin yang bersungguh-sungguh mahu membantu belia khususnya di Bagan Datuk dan Perak menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam sektor pertanian.

Nik Mohammad Azli memberitahu, kesedaran dalam kalangan belia tentang geran itu agak rendah, menyebabkan peruntukan yang telah disediakan masih banyak belum digunakan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.