Ceroboh Lahad Datu: Proses rayuan bermula
  • 6 tahun lalu
Sebahagian daripada rakyat Filipina yang terlibat dalam rayuan berhubung kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah dikawal ketat oleh anggota polis dan kakitangan penjara ketika dibawa masuk ke pekarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya sebentar tadi.

Mereka merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mensabit dan menghukum mereka atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mereka dikawal ketat oleh pasukan keselamatan setibanya di Istana Kehakiman bagi memastikan prosiding rayuan berjalan lancar sepanjang tiga hari pendengaran yang dijadualkan berakhir Khamis ini. - UTUSAN ONLINE