Kerjasama Utusan-KADA agihkan 400 bekas gulai kawah

  • 6 tahun lalu
KOTA BHARU 13 Jun - Lebih 400 bekas gulai kawah diedarkan kepada orang ramai sempena program Ihya Ramadan Utusan Biro Kelantan - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pasar Ketereh di sini hari ini.

Gulai tersebut diagihkan oleh Pengerusi KADA, Datuk Md. Alwi Che Ahmad bersama Pengurus Besar KADA, Mohd. Ridzuan Ismail dan Ketua Biro Utusan Kelantan, Azran Fitri Rahim serta petugas-petugas dari kumpulan Utusan serta KADA.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.