40 cedera bom kereta di Pattani

  • 6 tahun lalu
BANGKOK 9 Mei - Sekurang-kurangnya 40 cedera dan seorang parah selepas bom kereta meletup di luar sebuah pasar raya yang sibuk dekat pusat bandar Pattani kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Menurut Komander Polis, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa, letupan itu merupakan yang kedua, menyusul selepas letupan pertama di sebuah tempat letak kenderaan berhampiran pasar raya itu.