Tabung buluh unik hasil tangan OKU
  • 6 tahun lalu
DERETAN beberapa batang buluh yang tergantung di sebuah gerai tepi jalan menarik perhatian pengguna jalan utama Kuala Selangor-Sungai Buloh, namun tidak menyedari ia adalah hasil tangan seorang pengusaha kurang upaya, Mohd Helmy Sai.

Mohd Helmy yang berusia 31 tahun, mengusahakan tabung batang buluh di dalam sebuah pondok yang dibinanya sendiri sejak 10 tahun lalu.



Berbekalkan minat yang mendalam terhadap pertukangan, mendorong Mohd Helmy menghasilkan tabung dengan kreativiti yang unik.



Walaupun berstatus O-K-U, kesesakan jalan raya yang dipenuhi pelancong ke Kampung Kuantan menyebabkan dia membuka gerai di Kampung Baru Luar, Assam Jawa, Bukit Rotan, itu.

Menurut Mohd Helmy, laluan berkenaan selalu sibuk kerana ramai pelancong asing atau tempatan ingin melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan selain menjamu selera di gerai cendol Bakar.

Usaha beliau itu mendapat sambutan ramai dan setiap hari Mohd. Helmy boleh menghasilkan sebanyak 20 hingga 3O batang bergantung kepada sebatang ruas buluh yang diperolehi dan dijual dengan harga antara RM30 ke RM50.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.