Hujan lebat lebih sejam, MRR2 dan UIAM dilanda banjir kilat
  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.