Komen jelik terhadap PM, penganggur didenda RM9,500

  • 6 tahun lalu
ALOR SETAR 22 Nov. - Seorang penganggur didenda sebanyak RM9,500 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi laman sosial Twitter, tahun lepas.

Tertuduh, Mohamad Ariff Fadila Arbain, 26, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Disember 2015 kira-kira pukul 9.32 malam menerusi akaun Twitter miliknya iaitu '@SangAlgojoe'.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.