Kumpulan Utusan raih anugerah

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kumpulan Utusan dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Media Cetak sempena Anugerah Keusahawanan Muda India Perdana 2016 malam ini.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Istana di sini.
Yang turut hadir penasihat Koperasi Usahawan India Malaysia Berhad (KUIMB), Tan Sri Ramon Navaratnam. - UTUSAN ONLINE