Komen MB Terengganu mengenai bekas MB
  • 6 tahun lalu
KUALA TERENGGANU 5 Ogos – Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan kepada pertimbangan Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sekiranya terus mahu menying­kirkan beliau dengan cara melum­puhkan parti dan kerajaan.

Katanya, terpulang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian yang memungkinkan berlangsung­nya pilihan raya ne­geri dan beliau yakin UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan bangkit de­ngan kemenangan lebih besar sehingga membentuk kerajaan benar-benar teguh.