Ular batik telan biawak tumpas di pohon mangga

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 28 Julai - Seorang wanita tidak menyangka pergerakan haiwan bercorak batik di pangkal pohon mangga ialah seekor ular sawa batik yang sedang membaham seekor biawak.

Kejadian yang berlaku di Kampung Changkat Damai, Batu 6 , Gombak, Selangor baru-baru ini mengejutkan penduduk kampung berkenaan yang kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurut seorang penduduk, Nor Azua Amlan, ular itu pertama kali dilihat sepupunya yang kebetulan ingin mengambil daun pisang di kawasan kebun berhampiran rumahnya kira-kira pukul 10 pagi.


Khuatir dengan keselamatan mereka, penduduk menghubung JPAM.

Menurut Nor Azua , JPAM yang tiba dengan kekuatan tiga anggota dapat menangkap ular berkenaan biarpun reptilia berkenaan hampir dapat menghilangkan diri di dalam semak.

Katanya lagi, setelah ditangkap haiwan berkenaan memuntahkan semula biawak yang ditelan sebelum JPAM membawa ular seberat hampir sembilan kilogram itu ke hutan lain untuk dilepaskan.

Oleh Rosmah Dain
Video Nor Azua Amlan