Aksi Nurul Wahab Depp masih ligat

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Nama Nurul Wahab masih melekat dalam ingatan
para peminat penyanyi berkulit hitam manis ini.Walaupun agak lama
beliau tidak tampil dengan album baharu namun aktiviti nyanyiannya
sebenarnya tidak berhenti. Cuma beliau memberikan ruang masa untuk
membina kehidupan berkeluarga bersama Eric Depp.
Nurul yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air
kini mempunyai tiga orang cahaya mata. Perkahwinannya bersama Eric
dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.Kata Nurul, cintanya terhadap
bidang nyanyian tidak pernah padam.
Menerusi perbualan secara live streaming Jom Chat di Utusan Online
minggu lepas, Nurul memberikan gambaran bahawa beliau akan tampil
dengan sesuatu untuk para peminatnya. Ikuti rakaman Jom Chat dengan
Nurul Wahab Depp. - UTUSAN ONLINE