Utusan Online Sembang Pendidikan bahagian 2
  • 6 tahun lalu
TRANSFORMASI bagi memastikan kegiatan kokurikulum kembali diberi penekanan mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada Kementerian Pelajaran. Bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan kokurikulum sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi turut memberi sudut pandangan yang baru kepada salah satu elemen pendidikan tersebut. Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai agenda memperkasakan kokurikulum, Utusan Malaysia menerusi segmen Sembang Pendidikan baru-baru ini menjemput dua individu yang paling tepat untuk membincangkannya. Mereka ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.