Speaker Dewan Rakyat? Saya sedia - Rais
  • 6 years ago
Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim sedia menggalas tanggungjawab sebagai speaker Dewan Rakyat sekiranya diberikan peluang.

Bagi Rais, sidang Dewan Rakyat, selepas Malaysia Baru kali ini lebih mencabar memandangkan anggota parlimen kini lebih ‘lantang dan tajam’.

“Setakat ini saya terbuka terima apa-apa kemungkinan. Malah kalau itu jadi, ia merupakan khidmat negara, kerana jadi speaker saat sekarang bukan sesuatu yang mudah.

“Lantaran orangnya (ahli parlimen) lantang-lantang belaka dan mereka mempunyai ilmu tinggi-tinggi belaka dan bahasanya tajam-tajam belaka,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun Rais berkata sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat daripada pihak kerajaan berhubung perkara itu.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa dirinya akan dilantik menjadi speaker manakala timbalannya pula akan dipegang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan.