Pembangunan tanah milik RAC mesti lalui tender terbuka

  • 6 years ago
Kerajaan akan mengkaji semula pemberian tiga bidang tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bernilai ratusan juta yang diberikan secara prinsip kepada pemaju swasta sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tanah dengan keluasan kira-kira 9.7 hektar di Pudu, Batu Tiga di Shah Alam dan Bangsar diluluskan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional secara rundingan terus bagi tujuan pembangunan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di RAC di sini, hari ini.