Jawatankuasa khas runding isu monopoli Bernas - Salahuddin
  • 6 years ago
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jawatankuasa Khas diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan siri rundingan bersama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi mengkaji isu monopoli Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata jawatankuasa itu juga akan bermesyuarat bagi mengemukakan satu model baharu berhubung penamatan perjanjian konsesi Bernas yang akan berakhir pada 2021.

Katanya, model tersebut akan dibawa dan dibincangkan di Kabinet, selepas itu akan dihuraikan kepada rakyat dan semua yang berkepentingan, bagaimana operasi model baharu tersebut setelah (perjanjian bersama) Bernas ditamatkan.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio hari ini.
Recommended