Bapa bertemu Dr M bincang kes Altantuya

  • 6 years ago
Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh kejam - Setev Shaariibuu bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.

Setev ditemani oleh peguamnya Ramkarpal Singh.

Dalam satu kenyataan bertulis, Setev menyatakan harapan agar kerajaan Dr Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memberikan keadilan dan mengakhiri penderitaan keluarga Shaariibuu.

Altantuya, 28, ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan letupan kelas tentera di pinggir Kuala Lumpur pada Oktober 2006.

Bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar disabitkan atas pembunuhannya pada 2009 dan dijatuhkan hukuman penjara.

Mereka kemudian dibebaskan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan kesalahan pada tahun 2013 yang memerintah hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya itu.

Namun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati mereka pada tahun 2015. Sirul berjaya melarikan diri ke Australia sebelum keputusan itu dibuat manakala Azhar sedang menunggu hukuman mati ke atasnya dilaksanakan.