Fotografi | Teknik Pengambaran Potrait | Mahir IT | www.digitek.my
Dapatkan Berita, Maklumat IT dan Hiburan Terkini hanya di :\r
\r
\r
Setiap individu yang meminati fotografi dan menjadikan ia salah satu hobi pada masa lapang dan juga salah satu peluang pekerjaan pasti akan tahu apakah itu fotografi potret.\r
\r
Ramai orang yang mempunyai kamera dslr tidak tahu cara-cara yang betul bagaimana kita boleh merakamkan gambar-gambar yang menarik. Pada hari ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana kita boleh mengambil gambar dengan kaedah potret.\r
\r
Perkara pertama adalah komposisi kamera. Komposisi kamera adalah kedudukan subjek di dalam bingkai kamera. Terdapat pelbagai jenis bingkai iaitu long shot, medium shot dan juga close up. \r
\r
Komposisi juga berkait rapat dengan rule of third, dengan kata lain garis pembahagian ataupun garis pandangan. Ini membolehkan kita meletakkan subjek ke dalam bingkai yang betul. Contohnya mengenalpasti looking room subjek dan juga head room subjek.\r
\r
Perkara yang ke dua adalah tetapan kamera. Kamera anda perlu di set up terlebih dahulu. Contohnya kawalan nilai aperture, kelajuan shutter speed dan juga ISO.\r
\r
Aperture adalah bukaan lensa. Ia menentukan jumlah cahaya yang memasuki kamera. Lebih besar bukaannya, lebih banyaklah jumlah cahaya yang memasuki kamera. Pembukaan aperture yang besar adalah ciri-ciri yang sesuai untuk potret fotografi. \r
\r
Shutter speed adalah kelajuan penutupan yang digunakan untuk menentukan masa dedahannya. Keseimbangan aperture dan shutter speed haruslah selaras. Jika anda tidak mahir menyelaraskan shutter speed bersama aperture, anda juga boleh menggunakan mode AV pada tetapan kamera tersebut. \r
\r
Selain itu, iso juga bermain peranan dalam tetapan kamera. ISO bermaksud International Standard Organisation. Ia adalah sistem yang standard, digunakan bagi mengukur kelajuan tahap kepekaan filem mahupun imej sensor. Teorinya sangat mudah, jika jumlah ISO kurang 100, maka tahap ketajaman imej itu semakin jelas dan jika jumlah ISO tinggi, sebagai contoh 1600, maka tahap ketajaman imej itu semakin berkurangan.\r
\r
Perkara ke tiga adalah subjek. Subjek memainkan peranan dengan penting sekali. Seorang model haruslah pandai teknik-teknik ekspresi wajah atau dengan kata lain mempamerkan gaya. Subjek haruslah pandai mempamerkan emosi-emosi yang telah dirancangkan. Contohnya emosi sedih, gembira, natural dan sebagainya. Potret fotografi adalah mempertengahkan ekspresi wajah, jadi subjek haruslah pandai bermain dengan situasi.\r
\r
Perkara yang terakhir adalah pencahayaan. Pencahayaan adalah tunjang uatama di dalam fotografi. Jika tiada cahaya tiadalah imej. Imej terhasil daripada pantulan cahaya kepada subjek. Pada potret fotografi ini, menggunakan cahaya adalah sangat penting. Secara teknikalnya, cahaya harus diberikan kepada subjek sahaja. Jangan risau jika ada bayang pada subjek, bagi potret fotografi adanya bayang yang dihasilkan oleh cahaya boleh mencantikkan lagi potret tersebut.\r
\r
Ini adalah tips-tips bagaimana ingin mengetahui teknik-teknik untuk mengambil potret fotografi. Jika anda mempraktikkan tips ini, anda bukan amatur lagi.\r
\r
Saya Remy dan ini adalah fotografi. Semuanya hanya di Digitek.

Category
📺
TV